PERANCANGAN HARTA - WASIAT DAN HIBAH

 

MUHAMMAD MAHFUZ KAFALAH AGENCY

WASIAT VS HIBAH !!!



ASSALAMUALAIKUM WBT dan Salam Sejahtera...


Wasiat dan Hibah merupakan dua instrumen yang boleh digunakan dalam perancangan harta semasa hidup. Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat lebih familiar atau biasa dengan WASIAT berbanding HIBAH. Dalam penulisan pada kali ini saya akan menerangkan serba sedikit berkaitan Wasiat dan Hibah, serta apakah perbezaan antara Wasiat dan Hibah.


WASIAT 

Dari segi bahasa, Wasiat berasal dari perkataan 'Wassa' yang bermaksud memerintahkan, menjanjikan, menasihatkan atau pemberian harta selepas mati. Wasiat yang ingin dibincangkan dalam penulisan ini adalah pemberian harta selepas mati. Dari segi istilah pula, Wasiat didefinisikan sebagai ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta kepada bukan waris atau waris yang terkecuali daripada menerima harta pusaka. Oleh sebab itu, Wasiat kepada ahli waris boleh dicabar oleh waris-waris lain yang tidak bersetuju.


HIBAH

Dalam Islam, Hibah merupakan pemberian harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Oleh itu, Hibah adalah instrumen yang lebih baik daripada Wasiat, terutamanya dalam urusan pemberian harta kepada ahli waris. Hibah dapat mengelakkan pertelingkahan antara waris-waris yang berebut harta setelah seseorang itu meninggal dunia.


APAKAH PERBEZAAN ANTARA WASIAT DAN HIBAH ???

Kedua-dua instrumen ini berfungsi sebagai jalan penyelesaian bagi sesiapa yang mempunyai hajat memberikan hartanya kepada seseorang. Namun begitu, setiap instrumen tersebut mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek yang berlainan. Mari kita lihat apakah perbezaan antara Wasiat dan Hibah.
 

WASIAT

HIBAH

Pemberian harta selepas mati

Pemberian harta semasa hidup

Pemberian harta kepada bukan waris

Pemberian harta kepada sesiapa sahaja

Terhad 1/3 daripada harta

Tiada had harta untuk dihibahkan

Tiada Ijab & Qabul

Wajib ada Ijab & Qabul

Wasiat kepada waris perlu mendapat persetujuan waris

Tidak perlu persetujuan waris

 

Sangat mudah dibatalkan oleh waris.

Terbukti berkesan di mahkamah

Akta Wasiat 1959 mengecualikan orang Islam

Hibah adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Terlaksana beri harta kepada anak yatim/bukan waris

Terlaksana beri harta mengikut hajat


KESIMPULAN

Natijahnya, kedua-dua instrumen ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dalam urusan perancangan harta semasa hayat seseorang. Secara umumnya, HIBAH adalah lebih baik bagi umat Islam berbanding WASIAT kerana dari segi undang-undang Akta Wasiat 1959 mengecualikan umat Islam. Namun begitu setiap individu mempunyai pendapat masing-masing dalam membuat perancangan harta. Perkara yang paling utama adalah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan harta pada fasa yang sangat mencabar kini, di mana ramai yang meninggal dunia akibat penularan pandemik COVID-19. Selain itu, perancangan harta juga dapat mengelakkan segala aset si mati terbeku. Sehingga tahun 2021 dianggarkan RM 90 BILLION harta terbeku dicatatkan di Malaysia, 90% daripada harta tersebut merupakan harta umat Islam


'RANCANG HARTA, WARIS TERPELIHARA'



Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami, MMKAFALAH AGENCY di:

NO. TELEFON : 019-415 1337 (Segamat)/ 011-1089 9055 (Melaka)

EMEL : mmkafalah@gmail.com

Lokasi kami:

Segamat: PEJABAT URUSAN HIBAH DAN HARTA PUSAKA

NO 24 TINGKAT ATAS PEJABAT, JALAN GENUANG PERDANA,

85000 SEGAMAT, JOHOR.

Melaka: MM KAFALAH AGENCY MELAKA

NO 25, 1, JALAN SERI 7, TAMAN CHENG BARU,

75250 CHENG, MELAKA.


Comments