PERANCANGAN HARTA - WASIAT DAN HIBAH
MUHAMMAD MAHFUZ KAFALAH AGENCY WASIAT VS HIBAH !!! ASSALAMUALAIKUM WBT dan Salam Sejahtera... Wasiat dan Hibah merupakan dua instrumen yang boleh digunakan dalam perancangan harta semasa hidup. Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat lebih familiar atau biasa dengan WASIAT berbanding HIBAH. Dalam penulisan pada kali ini saya akan menerangkan serba sedikit berkaitan Wasiat dan Hibah, serta apakah perbezaan antara Wasiat dan Hibah. WASIAT Dari segi bahasa, Wasiat berasal dari perkataan 'Wassa' yang bermaksud memerintahkan, menjanjikan, menasihatkan atau pemberian harta selepas mati . Wasiat yang ingin dibincangkan dalam penulisan ini adalah pemberian harta selepas mati. Dari segi istilah pula, Wasiat didefinisikan sebagai ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta kepada bukan waris atau waris yang terkecuali daripada menerima harta pusaka. Oleh sebab itu, Wasiat kepada ahli waris boleh dicabar oleh waris-waris lain yang tidak bersetuju. HIBAH D...